SOALAN

PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA 

Soalan Pengukuhan Jawab soalan dibawah. Pilih jawapan yang tepat.



1. Apakah  yang dimaksudkan dengan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?  

 A. Negara yang dibentuk dengan persetujuan beberapa buah negeri dan kerajaan Pusat  diberikan kuasa tertentu, di samping kerajaan Negeri dengan kepentingan-kepentingan tempatan.    

B. Mengandungi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada zaman British dahulu.  

C. Semua negeri mesti patuh kepada kerajaan pusat.     

D. Kerajaan dilantik oleh rakyat.


2. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?   

A. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.      

B. Perlembagaan tidak boleh diubah.    

C. YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan.   

D. Kuasa perundangan juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan 


3. Pilih pernyataan yang salah mengenai YDPA.     

A. Bertindak sebgai Ketua Negara.       

B. Lambang taat setia.  

C. Ketua ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu pentadbiran, perundangan dan kehakiman.     

D. YDPA tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.     

                     

 4. Perkara yang tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan ialah:    

 A. Keselamatan dalam negeri        B. Kewarganegaraan      

C. Pertahanan         D. Mahkamah Syariah 


5. Asas Perlembagaan Malaysia yang terbentuk pada hari ini adalah berdasarkan    

 A. Perlembagaan Persekutuan 1948            

B. Perlembagaan United Kingdom      

C. Perlembagaan Tanah Melayu 1957        

D. Perlembagaan Malayan Union



PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Soalan Pengukuhan Jawab soalan dibawah. Pilih jawapan yang tepat

1. Menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, YDPA bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan istiwewa orang Melayu dengan mendapati nasihat daripada    
     A. Sultan/ Yang Dipertua Negeri                
     C. Perdana Menteri     
     B. Jemaah Menteri                                  
     D. Timbalan Menteri 

2. Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?     
A. Majlis Agama Islam     
B. Majlis Raja-raja     
C. Majlis Adat Istiadat Melayu     
D. Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam 

3. Antara pernyataan berikut, siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga hak istimewa orang Melayu di Persekutuan Malaysia?    
 A. YDPA                                                   
 C. Perdana Menteri   
 B. Sultan atau Yang Dipertua Negeri              
 D. Ketua Setiausaha Negara 

4. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai kebebasan asasi  
  A. Tidak seorang pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.  
  B. Kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara dikira sebagai kerja kerahan atau            paksa.  
  C. Setiap warganegara berhak untuk bercakap dan mengeluarkan fikiran.   
  D. Warganegara berhak untuk mengembangkan agamanya. 

5. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?    
 A. Perlembagaan Persekutuan 1909          
 C. Perlembagaan Tanah Melayu 1957   
 B Perlembagaan Persekutuan 1948         
 D. Perlembagaan Inggeris

No comments:

Image and video hosting by TinyPic